Sisa-Sisa Coretan Elle

Episod 3: Jalan-Jalan Sebelum Naik Sem!!! AKHIRNYA KAU PULANG...

Photobucket

huhuhhu!!! hari ini hari paling gembira... buat masa ini larr bagi elle kerana MAYAU baru saja pulang 1 minit yang lepas... jadi, elle terus membuat POLIS ENTRY bagi mengenangkan hari ini sampai bila-bila... memandangkan sebelum ini elle ada cerita mengenai MAYAU HILANG(klik untuk baca)...

.
.
.
"actually bukanlah jalan2 tetapi baru balik dari Institut Jantung Negara(IJN)... sebabnya Pak Cik elle sakit!!! ini kali ke berapa entah dia masuk..."

.
.
.
Photobucket

so, disebabkan dia agak sakit sikit tadi!!! kami
DIHALAU disuruh balik!!! takut2 memberi lagi tekanan!!! so, pergi makan di Kafe Idaman Kota Damansara makan Nasi Goreng Ikan Masin... terjumpalah seekor kucing!!! agak comel... bunting pula tu... kemudian balik rumah... bla...bla...blaa... mandi, on laptop!!! dan sedang asyik elle mencari movie di Life Story terdengar ada seekor kucing memekik!!! so, bukak pintu MAYAU rupanya... MAYAU miss you gila-gila!!! dah lepas ini jangan harap elle kasi keluar... MAIN dalam rumah saja!!!

.
.
.
p/s: jika MAYAU sedang online!!! AMARAN... jika hilang lagi anda akan dimasak gulai!!!

ALLIFF@happy!!!

~ Wednesday, June 30, 2010 2 cerita

Kemana Kau Menghilang??? PULANGLAH...

Photobucket

huhuhuhuh!!! sedih... blog ini dicoret dengan linangan air mata!!! poyo je elle ni... tapi memang serius elle katakan sedih bila kucing elle tak balik rumah dan masuk hari ini almost 3 hari...

.
.
.
selalu kalau balik pagi-pagi selepas berfoya-foya dia akan ketuk pintu dalam 2-3pagi!!! tapi tak ada... dan kalau orang tak bukak pintu dia akan tidur kat tempat letak kasut... dan bila subuh orang nak pergi kerja, buka pintu dia pun masuk!!! TAPI TAK ADA...
.
.
.
sebelum dia hilang dia sakit tangan!!! bahagian pergelangan... 2 hari juga baru nak sembuh!!! mengalahkan pesakit denggi, tapi lepas sihat terus tak balik rumah... PELIK???
.
.
.
"nama kucing elle MAYAU... kelakarkan??? tapi elle suka nama tu... sebab dia keluar bunyi bukan meow tapi myau!!! hahahhaha... dia 97% hitam dan 3%putih di perut dan dada!!! bila kena matahari dia akan tukar kepada warna COKLAT!!! kalau diikutkan dia jenis kucing lembut, jadi itu yang buat elle risau kalau gaduh dan KIUK..."

.
.
.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



kepada MAYAU jika anda baca coretan Tuan anda!!! sila pulang ke pangkal jalan... elle nak balik sabtu ini ke Segamat!!! harap sempat jumpa... huhhuhuhuhu!!!

.
.
.
mak dia COMEL!!! sebulan sebelum ini pun buat hal macam ini... masa hari MAYAU sakit COMEL datang balik... dan masa nak ambil COMEL dia lari!!! lebih kurang 15 minit elle kejar... dapatlah akhirnya, tapi nak tahu tak??? DIA DAH TAK KENAL TUAN... tak tahu larr dah lupa atau marah sebab dia baru lepas beranak!!!

Photobucket
INILAH COMEL!!!

Photobucket
.
.
.
dan KIKI kucing yang annoying dalam rumah ini pun dah hilang!!! dan ABU KELELE... kucing yang jumpa di taska adik hilang gak!!! baru 3 minggu duduk rumah dah lari... rasanya LUPA JALAN kot....
.
.
.
tapi elle rindu gila dekat MAYAU!!! huuhuhuhu...
.
.
.
p/s: MAYAU memang kucing yang baik!!! penyabar dan TAAT...

ALLIFF@kepiluan...

~ Tuesday, June 29, 2010 4 cerita

Episod 2: Jalan-Jalan Sebelum Naik Sem...Memang Terbaik!!! MURAH...

okey kali ini elle nak buat promotion kepada mak cik yang jual kek!!! tadi... bersamaan 27 Jun 2010 jatuh pada hari Ahad elle dan family pergi mydin untuk beli barang dapur dan barang keperluan di UiTM Segamat nanti...
.
.
.
jadi lalu larr satu booth kat tingkat atas!!! ada jual pastry dan kek... 1box(3 pieces) rm6.00!!! memang tersangatlah murah dan berbaloi... kalau sesiapa yang pernah makan jangan bandingkan dengan Secret Recipe(SR) ye!!! kita orang satu family ambil bout 4box=12pieces... bukan TAMAK tapi gelojoh!!! hahhahaha... GURAU saja...
.
.
.
nasib baik dengan pantas elle sempat SNAP2 sebelum di"Ngap oleh mak cik2 sekalian!!!
.
.
.
Danish Pastry Centre(klik untuk ke Facebook mereka)
.
.
.
Photobucket
Kasi tengok Box dulu!!! heheheheh... siap ada Kupon tu!!!

Photobucket
ini tiramisu dan blackforest!!!

Photobucket

Photobucket
strawberry topping!!! lupa nama dia...

Photobucket
CHEESE cake milik elle!!! not bad tau...

Photobucket

Photobucket
Chocolate moist!!! yang tepi tu vanilla kot...

Photobucket
minum pula dengan teh tarik!!! OK itu memang sangat cool...
.
.
.
Inilah terjadi selepas makan!!!

Photobucket

Photobucket
.
.
.
pemandangan yang sempat ditangkap!!! while tengah ambil feeling...

Photobucket

Photobucket

Photobucket
sorry Argentina tu tersesat!!! elle tak sokong Argentina... go go go Brazil!!!
.
.
.
p/s: agak penat kaki 2 hari berturut2 berjalan!!!

pp/s: hahahahha!!! bout date terlupa nak setting...

ALLIFF@ok nak blogwalking pula...

~ Sunday, June 27, 2010 8 cerita

Episod 1: Jalan-Jalan Sebelum Naik Sem!!!

ok, hari ini elle nak kongsi cerita apa yang berlaku semalam!!! iaitu bersamaan 26 Jun 2010... jatuh pada hari selasa... benda ini asalnya reunion kelas(TIDAK RASMI...) tetapi disebabkan dah hujung bulan 6 ramai orang agak sibuk... dan penyertaan hanya 8 orang daripada 28 orang!!!
.
.
.
kita orang jalan2 di One Utama... asalnya aktivit kita orang tengok wayang, karaoke dan main bowling(student dapat rm3.50 diOU!!!)... seperti yang elle rangkakan dan seperti biasa juga mereka2 ini buat perangai akhirnya aktiviti kita orang merayap dan tengok wayang!!! hahahhaha...
.
.
.
so, let picture do the talk!!! BERMINAT SCROLL KE BAWAH YE...
.
.
.
YA AMPUN... mula2 janji pukul 11!!! so, elle pergi OU awal sikit... jadi sampai dalam pukul 11++ pagi... dan inilah mak cik yang sampai pukul 12.44 tengah hari!!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
AKAK ni segan sikit!!! heheheheh...

Photobucket
.
.
.
lepas habis tengok wayang!!! ingat nak pergi KARAOKE... tapi tak okey pun... jamban penuh!!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
.
.
.
INILAH tuan tanah... hahahahha!!!

Photobucket
.
.
.
insya'allah 2012 kita orang akan adakan reunion besar-besaran!!! setiap 5 tahun sekali elle rancangkan... 2012 dalam perancangan dan mungkin nak pergi Pulau Tenggol(klik untuk lihat)...
.
.
.
p/s: Tenggol terbaik!!! pernah pergi masa kecik... masa kecik parent memang kuat bawa pergi pulau...

ALLIFF@nak update blog lagi...

~ 3 cerita

Kau Bukan Anak Jantan Kalau Tak Minat Bola??? Jadi Aku Label Kau P*nd*n...

Photobucket


aduh, tajuk memang membunuh!!! tapi serius shit elle katakan tajuk yang elle bangkang sejak dalam perut ibuku lagi(sejuk perut MAK!!!)... OK, dari elle zaman sekolah elle memang kurang minat bola... bukanlah kaki bangku tapi minat kepada sukan bola sepak memang TERKURANG...
.
.
.
dan memandangkan elle lelaki(tak suka perkataan jantan!!! terlalu TAK SOPAN) banyak mulut ada mengatakan bola untuk lelaki... hanya lelaki lembut tak minat bola!!! hello, mana cik2 sekalian tahu mana lembut mana keras??? tulang sama jenis... pagi2 sama aktiviti(bagi mereka yang faham!!! heheheh...) jadi siapa anda nak kata macam itu???
.
.
.
"elle tak tahu sejak bila sukan bola merupakan tanda mereka lelaki atau tidak!!!"

.
.
.
suka bola atau tidak masing2 ada hak masing2!!!
.
.
.
Photobucket

kadang2 tak tahan tengok bola bila ramai2 orang!!! menjerit ok lagi, yang tak memasal ada memaki "bodoh, reti main ke tak!!!" aiyoooo... incik kalau hebat pergi SA main wakil Malaysia...

.
.
.
p/s: nasib baik ISU seperti ini dah kurang...

ALLIFF@nak makan dan tidur!!!

~ Friday, June 25, 2010 1 cerita

Tahniah Kepada ANAK UPU!!!

Photobucket

ok... post kali ini elle tak mahu cerita panjang lebar!!! cuma nak ucapkan Tahniah kepada mereka yang berjaya menyambungkan pelajaran ke IPTA melalui UPU... elle juga merupakan bekas pilihan UPU!!! heheheheh...

.
.
.
"jadi, selamat maju jaya!!! apa yang elle nak katakan kepada mereka2 yang dapat membawa diri ke Menara Gading jagalah diri elok-elok!!! tidak kira anda Diploma atau Degree kerana U ini orangnya dari seluruh pelosok Malaysia!!! jadi peel(perangai macam2...)"

.
.
.
dan Elle nak ucapkan juga Selamat Datang kepada calon/bakal pelajar UiTM Johor, Cawangan Segamat!!! korang tidak akan menyesal dengan UiTM sini... gempak HABIS!!! dan kepada mereka yang bakal belajar di UiTM Segamat nantikanlah carian cop untuk kad merah(nanti korang faham!!)
.
.
.
klik untuk semakan (UPU SEMAKAN)
.
.
.
Photobucket

dah jumpa elle jangan lupa bertegur!!! eratkan silaturahim... Elle tak makan orang tapi BAHAM!!! hehehehhehe...

.
.
.
p/s: walaupun Hutan tapi sebelah dengan jirat(kubur) cina yang terbesar di Asia Tenggara...

ALLIFF@penat!!! besok nak keluar...

~ Thursday, June 24, 2010 4 cerita

Kongsi: Bagaimana Nada Anda Bila Membaca Blog Orang?

Photobucket

wah, polis entry elle kali ini ingin elle kongsikan dengan seluruh blogger2, pembaca, dan seluruh yang suka membaca onlin(macam GAH sangat blog elle ini)!!! tajuk kali ini MACAM elle nak mengajar orang menyanyi atau membaca pula... hakikatnya bukan...

.
.
.
polis entry elle kali ini ingin elle ketengahkan mengenai cara-cara atau adab-adab ketika membaca blog orang!!!

.
.
.
ramai manusia hari ini mempunyai pelbagai juadah laman sosial, laman sesawang sendiri dan kerap MENERJAH blog orang lain bagi meningkatkan lalu lintas blog mereka... tetapi tahukah anda nada juga diperlukan apabila anda membaca blog orang lain? berdasarkan pengalaman elle sendiri... ini kerana, apabila penulis ingin menyampaikan sesuatu mungkin kita sebagai pembaca membaca dengan nada yang KASAR(dalam erti kata lain MARAH...)
.
.
.
perkara ini akan mengubah persepsi kita sendiri iaitu kita akan beranggapan bahawa penulis itu cuma menyindir, memerli, marah sedangkan mereka hanya menyampaikan sesuatu dengan nada bercerita!!! kejadian ini antara punca bagi masalah orang tidak puas hati dengan blog orang lain... kerana mereka menganggap blog itu agak KASAR bahasa mereka...
.
.
.
jika elle beri dua ayat di sini PERANG dan SEPAK... apakah yang anda bayangkan???

-mungkin PERANG=warna perang...
-atau PERANG= sedang berperang(war)...

-mungkin SEPAK=menyepak bola
-atau SEPAK=menampar...

.
.
.
apa yang elle cuba sampaikan iaitu apabila kita membaca blog orang biarlah kita baca dengan nada yang baik supaya kita tidak tersalah tafsir dengan apa yang disampaikan oleh Penulis itu sendiri... MUNGKIN ada yang baca polis entry elle kali ini merasakan yang elle sedang marah, namun tidak!!!
.
.
.
Photobucket

elle teringat kes diFB bila seorang budak lelaki menghantar PM(pri.messege!!!) berbunyi...


"eh, kenapa nama e-mail kau gigi_rosak@yahoo.com??? gigi kau rosak yerr???"


pada waktu elle membaca elle menggunakan nada yang kasar!!! dan hampir menghantar mesej yang agak kurang sopan!!! tetapi mungkin penghantar itu hanya menggunakan kata-kata biasa dengan nada lawak!!!
.
.
.
p/s: harap2 pembaca faham apa yang elle cuba sampaikan!!!

ALLIFF@masak...

~ Tuesday, June 22, 2010 11 cerita

6 Cara Untuk Kurangkan Marah Ketika Marah!!! Cara Elle...

Photobucket

pertama sekali elle nak kata I'm Back!!! totally back... hahahahah!!! sebelum ini elle cuti 2 hari... jadi elle sudah kembali ke pangkal jalan untuk update blog tersayang ini!!!

.

.

.

"jadi kali ini elle nak kongsikan 6 cara untuk kurangkan marah ketika marah!!! ini cara elle dan hakcipta terpelihara... mungkin bagi sesetengah orang merasakan cara ini KOLOT atau tak akan menjadi tapi sepanjang elle MARAH, cara ini memang berkesan buat diri elle..."

.

.

.

6 Cara Kurangkan Marah Ketika Marah!

1. Perlahankan radio atau TV@lebih baik terus tutup.

-haaa, sebenarnya bila kita marah bunyi bising disekeliling kita akan menambahkan lagi marah!!! bila elle marah dan radio terpasang, elle cepat tutup radio/TV!!! sebabnya, hati elle tengah panas dan JANGAN TAMBAHKAN KEPANASAN itu... BAHAYA...

2. Letakkan semua barang yang anda pegang!!! dan biarkan tangan kosong...

-ramai orang bila marah akan terasa nak naik tangan!!! tapi lebih teruk bila seseorang memegang barang yang keras dan mungkin berbahaya(macam kes artis seorang tu!!! TERUK KAN???)... jadi letak cepat2!!! TERUTAMA JIKA anda seorang panas baran...

3. Jika berada didapur, kalau boleh terus pergi ke ruang tamu!!!

-ini yang agak bahaya, orang marah SYAITAN akan kuasai badan(hasut untuk anda buat dosa besar seperti membunuh atau memukul orang yang tak bersalah...) Jadi dapur banyak barang berbahaya, segera ke tempat selamat dalam rumah anda!!!

-takut2 anda memegang pisau!!! INGAT: PEGANG PISAU tak mengurangkan rasa marah anda!!!

4. Kunci mulut dan kalau boleh badan anda!!!

-maksud disini elle bukan suruh anda mangga(LOCK) badan anda tapi mendiamkan diri!!! jika dua2 pihak sedang marah dan dua2 menjerit dan memaki hamun ia akan MENAMBAHKAN kemarahan bukan kurangkan!!! jika berdiam, perkara ini tidak akan berlarutan sehingga tiba sesi ungkit-mengungkit!!!

5. Tarik nafas dalam2 dan leebih baik mandi atau basahkan kepala.

-ini antara cara yang terbaik!!! lebih elok jika anda mengambil wuduk... itu lebih afdal!!! MEMANG DIJAMIN air membantu mengurangkan rasa marah!!!

6. Jika marah memuncak ke Gunung Everest!!! fikirkan masa depan anda...

Photobucket

-marah yang memuncak merupakan kejayaan bagi SYAITAN. jadi mulalah timbul kes cerai, putus kawan, MEMBUNUH dan macam2 perkara yang kita tidak jangka!!!

-ini yang paling elle kerap buat!!! KALAU elle marah dan bunuh orang itu apakah elle mampu ada masa depan yang cerah??? kalau anda bercerai adakah anda mampu bergaduh hak penjagaan anak dimasa depan??? so, fikirkan masa depan!!!

-dengan cara ini!!! insya'allah elle yakin dapat kurangkan marah ketika marah!!!

.

.

.

p/s: setiap perkara akan ada penyelesaiannya, cuma ditangan anda saja!!! NAK/TAK...

pp/s: setiap kali orang bercerai dari elle dengar akan bergegar tiang di ARASY... dan cerai merupakan perkara yang dibenci ALLAH... maaf jika ada yang terasa, INI hakikat!!!

ALLIFF@i came from a broken family.


~ 3 cerita

Apa Boleh Buat... SABAR!!!

Photobucket

"hahahahaha, polis entry elle kali ini memang agak TER'emo sebentar!!! bukan apa blog elle tak boleh entry ke Gengblogger(klik untuk kejutan)... tak ada rezeki!!!"

Photobucket

.
.
.
jadi post kali ini elle nak ceritakan tentang semua benda yang berlaku semenjak dua menjak terhadap blog elle... banyak juga yang berlaku!!!
.
.
.
Photobucket

antara yang tak boleh lupa bila elle cek keywords di nuff ada lar manusia yang search gambar darah, ratu kebaya, dan makanan sedap di Segamat!!! hahahahha... terfikir juga macam mana boleh sampai ke sini???

.
.
.
dapatlah akhirnya award2 dari yang sudi bagi elle serta TAG... dulu sebelum dapat nampak macam best!!! tapi bila dah dapat rasa letih nak TAG orang balik!!!
.
.
.
Photobucket

dapatlah elle dari negara luar datang ke blog elle!!! tak tahu larr mereka buat apa tapi diorang ini unik visitor elle!!!

.
.
.
Photobucket

elle juga rasa TERUJA sedikit apabila satu hari blog elle dikunjungi 7 orang serentak... semagat kan??? hahahahah!!! saja mungkin benda ini dapat memberi elle +++semangat!!!

.
.
.
Photobucket

akhir sekali, baru tadi elle dipertemukan MyFriends2u.com(klik untuk pautan)... not bad!!! anda berminat... mari join!!!

.
.
.
p/s: post kali ini hanya ingin menghilangkan rasa KICIWA kerana tak dapat PING blog....

ALLIFF@sedih...

~ 2 cerita

2 ke 3 Hari Blog Elle Tak Diupdatekan!!!

Photobucket

wah, memang rasa jiwa kacau bila 2... 3 hari blog elle tak update!!! ceh, kacau konon... tapi memang serius elle katakan risau gila!!! tapi terima kasih larr kepada visitor elle yang tetap datang menyinggah...

.
.
.
terutama yang elle tag!!! heheheheh... mereka datang nak ambil tag!!! so, terima kasih juga tolong UP kan traffic dikala blog elle kesunyian... TERIMA KASIH sehingga tak kering gusi!!!
.
.
.
Photobucket

bukan apa, baru bukak sekolah dari cuti(macamlah ko sekolah En.Elle!!!)... elle kekeringan idea, PENAT, rasa macam tak sihat pun ada!!! heheheheheh...

.
.
.
jadi hari ini elle akan cuba update blog!!! Selamat Membaca...
.
.
.
p/s: 2, 3 hari tak update ada juga larr UV yang elle dapat!!!

ALLIFF@wake up in the morning...

~ Monday, June 21, 2010 0 cerita

Followers

About Me

My photo
Kota Damansara & Segamat, Selangor, Malaysia
Hai, saya Mohamad Alliff Bin Zainurin (rememba double L double F!!!)... sangat-sangat CAMERA-maniac!!! gila n sangat-sangat DISUKAI ramai... hehehehe!!! btw gonna mish all my frenz!!!