Sisa-Sisa Coretan Elle

The Great Dawn Raid Sept [1981]

~ Thursday, May 20, 2010
Photobucket

"cerita ini merupakan kisah benar yang elle nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog elle sekalian!!! ia berlaku pada September 1981 dan dipanggil oleh orang2 serata dunia sebagai The Great Dawn Raid atau Projek Serbuan Subuh..."

.
.
.
cerita ini membuktikan kepandaian orang Malaysia serta orang Melayu dalam mendapatkan tanah mereka semula dari BEKAS PENJAJAH (Britain)...
.
.
.
Projek ‘ serbuanwaktu subuh ’ yang merintis kejayaan Malaysia membawa balik syarikat perladangan negara Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie) dari London
merupakan projek kerajaan yang dimulakan sejak pemerintahan Tun Abdul Razak lagi.

Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang pertama, Tan Sri Mohd. Desa Pachi berkata,
usaha membawa balik Guthrie,
yang sebelum itu dikenali sebagai Guthrie Corporation PLC
diserahkan kepada PNB iaitu sebuah institusi pelaburan bumiputera yang baru ditubuhkan.
.
.
.
Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak
untuk membawa kembali semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di
Bursa Saham London termasuk Guthrie.

Sambil mengimbas sejarah kejayaan negara membawa balik syarikat perladangan terkemuka di dunia itu,
beliau berkata, percubaan kali pertama membawa balik Guthrie
gagal kerana masalah teknikal dan harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal.

“Bagaimanapun,usaha kedua setahun selepas itu yang dirangka dengan lebih sistematik telah membuahkan hasil yang membanggakan
apabila kerajaan berjaya membawa kembali Guthrie
di bawah kawalan rakyat Malaysia.
“Melalui usaha yang dirancang rapi selama setahun selepas percubaan pertama gagal,
PNB berjaya menguasai Guthrie Coproration PLC pada 8 September 1981 menerusi projek yang kemudiannya dikenali sebagai dawn raid atau serangan menjelang subuh,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
.
.
.
Photobucket

Mohd.Desa mengulas dakwaan bekas Ketua Eksekutif PNB

Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau adalah
orang yang bertanggungjawab mengusahakan
proses membawa kembali Guthrie.

Khalid yang menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok
pada 28 April ini merupakan Ketua Eksekutif PNB yang kedua.

Mohd. Desa berkata, PNB terlibat secara langsung merangka strategi untuk membawa balik Guthrie pada masa itu.
Menurut Mohd.Desa,selepas setahun beliau dilantik oleh kerajaan
sebagai Ketua Eksekutif dan Pengurus Besar pertama PNB pada 1979,
beliau maklum mengenai ura-ura membawa balik Guthrie.

Mengulas lebih lanjut mengenai serbuan waktu subuh atau ‘dawn raid’ itu,
beliau berkata,sebelum itu secara kebetulan kerajaan telah pun menguasai sebahagian Sime Darby.
Katanya,atas arahan kerajaan,
Sime Darby kemudian melantik Rotchild Merchant Bank
untuk menjadi penasihat kepada PNB dan Sime Darby
dalam usaha mengambil alih Guthrie.
.
.
.
“Malangnya, percubaan pertama itu gagal kerana harga saham Guthrie pada masa itu terlalu mahal,” katanya.
Mohd.Desa berkata, usaha itu kemudian terhenti seketika kerana mengikut
undang-undang pelaburan di Britain,
usaha seumpama itu hanya boleh dimulakan semula setahun selepas itu.

Berikutan itu, Gabenor BankNegara Malaysia (BNM) kedua,
Tun Ismail Mohamed Ali dan Rotchild merangka strategi
dengan mengkaji undang-undang berkaitan pelaburan diBritain.
Katanya, setahun selepas itu, setelah merancang dengan teliti, negara akhirnya bersedia untuk meneruskan projek tersebut.


“Saya masih ingat lagi apabila Tun Ismail memanggil saya dipejabatnya
memaklumkan bahawa seorang pegawai Rotchild,
Jock Armitage akan datang ke Kuala Lumpur dari London
untuk menemui saya menerangkan tentang projek dawn raid.
“Saya sempat bertanyakan kepada Tun Ismail apakah itu dawn raid?,
tetapi tidak dijawab oleh Tun Ismail selain menyatakan bahawa
Armitage akan menjelaskan kepada saya kelak dalam pertemuan itu nanti,” katanya.
.
.
.
Photobucket
Margaret Thatcher Perdana Menteri Britain ketika itu yang agak PANAS dengan perbuatan Malaysia...

Mohd. Desa berkata, setelah mendapat maklumat lanjut mengenai projekdawn raid,

dan menerima arahan Tun Ismail supaya PNB meneruskan usahaitu,
beliau telah mengarahkan Khalid yang pada masa
itu pengurus pelaburan PNB untuk memantau usaha membawa balik
Guthrie dan bekerjasama dengan pemegang-pemegang saham
serta mengatasi masalah yang mungkin boleh menghalang usaha tersebut.

Hasil perancangan yang teliti dan strategi yang betul,
PNB akhirnya berjaya menguasai GuthrieCorporation PLC daripada
Bursa Saham London pada 8 September, 1981,

Katanya, kejayaan itu merupakan kenangan yang sangat manis bagi PNB dan rakyat Malaysia.
.
.
.
NANTIKAN VERSI ENGLISH!!! dan kejadian selepas The Great Dawn Raid...

p/s: Malaysia is the world's 10th most competitive nation... huh!!! AWESOME...

ALLIFF@brunch again...

0 cerita:

Followers

About Me

My photo
Kota Damansara & Segamat, Selangor, Malaysia
Hai, saya Mohamad Alliff Bin Zainurin (rememba double L double F!!!)... sangat-sangat CAMERA-maniac!!! gila n sangat-sangat DISUKAI ramai... hehehehe!!! btw gonna mish all my frenz!!!