Sisa-Sisa Coretan Elle

Dari Apa yang Saya Baca!!!

~ Sunday, November 29, 2009
*formal posting...
.
.
.
Retro_styli_A Pictures, Images and Photos
.
.
.
hari ini, memang banyak ramalan serta andaian yang telah manusia lakukan dengan pelbagai tujuan. dari apa yang kita dengar ia semata-mata untuk menakutkan umat muslimin seantoro dunia mahupun memperingatkan mereka perihal bakal terjadinya hari kiamat serta kita sudah menghampirinya. saya disini tidak menyangkal akan kejadian hari kiamat serta percaya pada hari kiamat yakni beriman kepadanya serta ia juga terkandung didalam rukun enam ataupun dipanggil RUKUN IMAN.

.
.
.
namun, ramai manusia hari ini mengatakan bahawa mereka tidak percaya pada ramalan atau tilikan yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. tetapi sebaliknya, mereka acapkali terikut secara tidak sedar akhirnya menjadi golongan yang percaya pada tilikan serta ramalan ini semua.
.
.
.
ada pula yang mengatakan bahawa kita perlu memboikot semua yang berkaitan dengan perkara-perkara kaarut ini seperti filem 2012! tetapi bagi saya kita tidak perlu memboikot filem ini kerana kita sebagai manusia juga sebagai seorang islam perlu tahu mana yang baik serta mana yang buruk. contohnya, perlukah kita belajar hingga ke diploma atau ijazah untuk mengetahui perbuatan mencuri itu salah serta berdosa? tidak kerana kita, manusia, semenjak azali lagi sudah mengetahui yang mencuri itu memang berdosa.
.
.
.
bagi saya apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila dia sibuk menegakkan sesuatu tetapi dia tidak mempraktikkan perilaku itu. sibuk dengan masalah dunia yang kepincangan dengan masalah-masalah yang dialaminya dewasa ini. namun, mulutnya berbicara tentang kebenaran tapi jasadnya menunjukkan bahawa semua yang dilakukannya adalah palsu semata-mata! "sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri".
.
.
.
marcapada, cerita-cerita perihal hari kiamat serta tarikh bakal berlakunya kejadian ngeri itu semakin berleluasa. adakah manusia gentar dengannya? adakah mereka terpengaruh dengannya? jawapannya TIDAK sama sekali! kerana jika mereka percaya serta gentar dengannya mengapa mereka masih berani menghadirkan diri dalam majlis maksiat(perbuatan-perbuatan maksiat)? mengapa mulut saja yang berkata-kata tetapi jiwa mereka seperti tiada apa yang akan berlaku! kita abaikan tarikh tapi kita ambil kira cobaan serta malapetaka yang bakal menimpa. saya terbaca dari sebuah buku yang membuktikan bahawa orang-orang yang hidup dihujung dunia(hari akhirat) merupakan orang-orang yang celaka(malang). "...bermacam-macam yang terjadi sehinggakan bayi didalam kandungan ibunya terkeluar, lalu berlari bertempiaran kerana takutkan akan hari kiamat". saya tidak berapa yakin adakah potongan ayat ini sahih atau tidak tetapi jika kita mengambil dari sudut yang positif, hari kiamat memang mengerikan!
.
.
.
secara total, kita sebagai manusia yang mempunyai akal serta umat muslim yang berpegang pada ajaran ALLAH, janganlah mudah terpengaruh dengan khabar-khabar murahan mahupun cepat melatah apabila mendengarnya! lebih elok jika kita memikirkan masa kini, "tuntutlah kamu ilmu seperti kamu akan mati 1000 tahun lagi, dan beramal lah kamu seakan-akan kamu akan mati esok hari!". akhir kata, umat muslim yang bijak serta intelek tidak akan memikirkan apa yang bakal terjadi dalam 10 atau 100 tahun. tetapi memikirkan apa yang terjadi hari ini. kerana itu semua urusan ALLAH dan kita sebagai manusia tidak tahu adakah ia bakal terjadi seperti itu ataupun tidak.
.
.
.
p/s: kiamat urusan ALLAH, tak payah nak pikir2!!! nanti dah dapat x nak pulakkan.

ALLIFF@x paham ngn manusia nie...

0 cerita:

Followers

About Me

My photo
Kota Damansara & Segamat, Selangor, Malaysia
Hai, saya Mohamad Alliff Bin Zainurin (rememba double L double F!!!)... sangat-sangat CAMERA-maniac!!! gila n sangat-sangat DISUKAI ramai... hehehehe!!! btw gonna mish all my frenz!!!