Sisa-Sisa Coretan Elle

Rest In Peace... AL-FATIHAH

~ Tuesday, July 28, 2009

PETALING JAYA 25 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara (HPD) di sini hari ini akibat pendarahan dalam otak berpunca daripada penyakit strok.

.

.

yasmin ahmad Pictures, Images and Photos

.

.

Allahyarham Yasmin, 51, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam selepas dimasukkan ke HPD sejak kelmarin. Yasmin koma selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala akibat serangan strok tersebut.

.

.

.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Fatimah Abu Bakar, Yasmin menghembuskan nafas terakhir di sisi suami beliau, Tan Yew Leong serta adik-beradiknya. Jenazah Allahyarham Yasmin akan dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan yang akan ditentukan kemudian.

.

.

.

"Jenazah Allahyarham juga akan dibawa ke Masjid SS19 Subang Jaya untuk disembahyangkan serta memberi peluang kepada rakan-rakan yang mengenali Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir,"

.

.

.

Khamis lalu, Allahyarham Yasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara selepas pengsan ketika membentangkan kertas kerja di TV3, Bandar Utama di sini. Pengarah filem prolifik itu tidak sedar diri sejak itu.

p/s:blog rasmi Yasmin Ahmad http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

p/s:kematian membuatkan aq semakin dekat dgn TUHAN...

ALLIFF@ dlm kesedaran...

0 cerita:

Followers

About Me

My photo
Kota Damansara & Segamat, Selangor, Malaysia
Hai, saya Mohamad Alliff Bin Zainurin (rememba double L double F!!!)... sangat-sangat CAMERA-maniac!!! gila n sangat-sangat DISUKAI ramai... hehehehe!!! btw gonna mish all my frenz!!!